Label

SOALAN YANG SERING DITANYA CLIENT MENGENAI JAMU BIDAN

SOALAN YANG SERING DITANYA CLIENT MENGENAI JAMU BIDAN
.
SOALAN : Bolehkah amalkan semasa datang haid?
.
JAMU BIDAN JAWAB: Tidak perlu diamalkan jika perjalanan period sudah lancar. Boleh diamalkan jika perjalanan period keluar tidak lancar. Contohnya keluar sedikit tapi mengambil jangkamasa yang lama @ ketika mengalami sakit sengugut yg terlalu kuat.
.
SOALAN : Bilakah waktu yang sesuai untuk makan Jamu selepas bersalin?
.
JAMU BIDAN JAWAB : Bagi orang yang baru melahirkan anak, eloklah diamalkan pengambilan jamu pada hari ketujuh dalam pantang. Pastikan bayi tidak mengalami kuning, mulakan dgn dos yg rendah dahulu iaitu 2 biji. Amalan ini dapat mengembalikan tenaga, menegangkan otot-otot yang kecut, menyembuh luka bersalin, memulih dan menyempitkan lagi faraj dan mengecutkan rahim. (Jika bersalin secara pembedahan - 2-3 minggu selepas melahirkan)
.
SOALAN : Bolehkan mengamalkan Jamu dan di waktu yang sama makan supplement yang lain?
.
JAMU BIDAN JAWAB: Boleh, cuma jarakkan waktunya sekurang2nya sejam.
.
SOALAN: Kenapa kepala saya pening-pening di waktu peringkat awal mengamalkan Jamu ini?
.
JAMU BIDAN JAWAB: Pening kepala terjadi disebabkan oleh metabolisma di dalam badan yang rendah dan proses ini membantu meningkatkan kembali metabolisma badan. Untuk mengatasi masalah tersebut minum banyak air kosong. Sekurang-kurangnya 8 gelas satu hari. Lagi banyak lagi bagus.
.
SOALAN : Kenapa ari-ari saya sakit ketika mengamalkan Jamu?
.
JAMU BIDAN JAWAB: Ini kerana rahim anda tidak berapa sihat dan bermasalah. Sakit ari-ari tersebut cuma sementara kerana dalam proses membaik pulihkan rahim tersebut.
.
SOALAN : Bolehkan saya mengamalkan Jamu ini jika berhasrat untuk mengandung?
.
JAMU BIDAN JAWAB : Amat digalakkan kerana salah satu khasiat utama adalah menyuburkan rahim. Jika anda sedang merancang, sila amalkan dgn teratur di peringkat awal. Sekiranya anda merasakan ada kelainan seperti lambat datang haid,harap berhenti makan jamu dan buat pemeriksaan air kencing utk memastikan samada anda mengandung atau tidak.
.
SOALAN : Selalu orang akan kaitkan jamu ini panas dan menganggu proses utk mendapatkan zuriat. Benarkan begitu?
.
JAMU BIDAN JAWAB: Mengamalkan jamu tidak menganggu proses utk mendapakan zuriat. Malah ia akan menambahkan kemutan di faraj dan menambahkan kesempurnaan hubungan suami isteri. Meningkatkan tahap keghairahan.
.
SOALAN : Saya amat mengantuk / penat di peringkat awal, kenapa ye?
.
JAMU BIDAN JAWAB : Itu adalah proses pemulihan dan berlaku hanya sementara sahaja. Itu adalah tanda banyak toksin di dalam badan. Bukan semua orang merasakan simptom tersebut. Itu adalah petanda baik. Insyaallah anda akan segar sentiasa selepas itu.
.
SOALAN : Kenapa keputihan saya keluar dengan banyak selepas saya mengambil jamu ini.
.
JAMU BIDAN JAWAB : Itu perkara biasa. Teruskan makan jamu, lazimnya selepas itu keputihan akan berkurangan dan ada yang hilang terus dari masalah keputihan.
.
SOALAN : Bolehkah amalkan Jamu jika saya masih menyusukan bayi?

JAMU BIDAN JAWAB : Tidak menjadi masalah. Tidak memberi kesan negatif kepada bayi anda. Malahan mengamalkan jamu ini akan membantu menambahkan air susu ibu.
.
SOALAN : Bolehkah Jamu ini membantu menyelesaikan masalah kitaran haid yang tidak menentu?
.
JAMU BIDAN JAWAB: Salah satu khasiat adalah memperbetulkan sistem kitaran haid.
.
SOALAN : Kenapa darah haid saya keluar dengan banyak?
.
JAMU BIDAN JAWAB: Itu adalah kesan positif kerana ia melancarkan pengaliran darah haid anda. Darah haid memang perlu dikeluarkan dengan kadar yang sepatutnya agar tidak tertinggal di dalam rahim. Ini akan menimbulkan masalah rahim di masa akan datang.
.
SOALAN: Bolehkah saya mengamalkan Jamu jika saya masih belum berkahwin?
.
JAWAPAN : Sgt digalakkan. Sebaiknya untuk penjagaan awal cuma kurangkn dos kepada 2 biji dua kali sehari.
.
SOALAN : Kenapa saya tidak turun berat badan?
.
JAMU BIDAN JAWAB : Jamu ini BUKAN produk utk melangsingkan badan. Ia adalah produk herba yang khusus utk kesihatan dalaman wanita. Cuma kelebihannya banyak membantu mereka yg   menghadapi masalah berat badan akibat ketidakstabilan hormon jika diamalkan dengan konsisten.
.
Credit: Team Jamu Bidan
.
#jamubidanputrajaya #whatsapp_0137230907

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan Produk Jamu Bidan serta posting di sini boleh diajukan di sini atau whatsapp terus ke blogger @ 013.723.0907. Terima kasih.