Label

Derita Rahim Jatuh

❣DERITA RAHIM JATUH❣
Masalah rahim/peranakan jatuh (prolapse) adalah antara masalah yang menjadi kerisauan buat para wanita. Masalah prolapse ini berlaku disebabkan oleh otot-otot rahim yang telah lemah selepas melahirkan anak.
Namun kini masalah prolapse bukan hanya berlaku kepada yang telah berumahtangga sahaja tetapi juga dihadapi oleh mereka yang belum berumahtangga disebabkan oleh aktiviti-aktiviti lasak seperti berjogging, aerobik, bersukan dan lain-lain lagi.
Masalah prolapse boleh diklasifikasikan kepada 3 peringkat bergantung pada posisi rahim iaitu:
Tahap 1 : rahim hanya turun sedikit dari tempat asal, biasanya tiada sebarang simptom dirasakan. Boleh dikesan apabila mengurut atau melakukan ujian kesihatan seperti pap smear.
Tahap 2 : kedudukan rahim lebih terturun ke bawah hingga pintu rahim dapat di lihat pada vagina
Tahap 3: keseluruhan rahim terkeluar dari saluran vagina. Ia kelihatan seperti seketul daging yang terkeluar dan boleh dilihat dengan jelas apabila mengcakung.
KENAPA MASALAH RAHIM JATUH INI SANGAT MEMBIMBANGKAN KAUM WANITA?
Ini kerana kesan buruknya bukan sahaja boleh menggugat keharmonian rumahtangga, tapi amat membahayakan kesihatan. Rahim jatuh amat menyakitkan dan heavy bleeding boleh berlaku apabila keseluruhan rahim terkeluar dari faraj. Lagi teruk apabila pintu rahim dijangkiti kuman dan sehingga menyebabkan ianya menjadi berkudis & mengeluarkan bau yang busuk. Nauzubillah.
Berhati-hati lah wahai sahabat wanita sekalian. Jika sudah sampai ke tahap seperti yang disebutkan, itu sudah parah namanya. Rawatlah ia dengan segera, Jika terasa sakit dibahagian bawah ari-ari, segeralah pergi berjumpa mak bidan untuk berurut dan sengkak rahim.
Jangan dibiarkan sehingga menjadi tombong dan terpaksa dibuang atau jangan dibiarkan sehingga menjadi kanser pangkal rahim. Rahim wanita hanya satu dan itulah satu-satunya Anugerah dari ALLAH S.W.T di mana tempat untuk kita merasai nikmat membawa benih zuriat kita.
Credit: team Jamu Bidan
Salam Sayang
#JamuBidan_Putrajaya
#whatsapp_0137230907
#prolapse #peranakanjatuh #keputihan #senggugut #cyst #fibroid #pulihdara #hamil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan Produk Jamu Bidan serta posting di sini boleh diajukan di sini atau whatsapp terus ke blogger @ 013.723.0907. Terima kasih.