PENTINGNYA URUTAN SELEPAS BERSALIN.
Alhamdulillah, Jumaat yang barokah...
24 Jun 2016, Kak mim selesai mengurut bersalin seorang ibu muda berusia 25 tahun untuk hari ketiga, beliau melahirkan anak yang kedua.
Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan selama 3 hari ini walaupun dalam keadaan berpuasa di bulan Ramadhan.
Hari pertama urutan, urat-uratnya agak tegang, badannya terlalu banyak angin almaklumlah baru hari ke 3 berpantang ditambahi pula masa anak pertama dulu dia tidak berpantang dengan betul...dan hari-hari seterusnya perubahannya sangat ketara, urat-uratnya lembut, angin berkurangan dan wajahnya kemerah -merahan, dan dia sendiri akui badannya rasa segar dan ringan.
Rata-rata sekarang, ibu-ibu muda tidak pentingkan sangat bab penjagaan dan urutan selepas bersalin.
Realitinya kak mim pernah urut seorang ibu muda yang dia sendiri tak mau diurut, tapi mak dia yang bersungguh-sungguh mintak dia diurut, anda tau tak 3 hari selepas bersalin dia sudah minum ais, seminggu kemudiam dia dah pakai jeans dan keluar shopping .
Apa katanya pada kak mim masa kak mim datang urut dia?.." watpe nak urut kak, saya tak rasa sakit pun, saya sihat je"...dengan muka mencuka, dan bila badannya di sentuh dia agak marah bila katanya dia tak selesa dengan minyak bagai . Hanya satu hari sahaja kak mim urut dia, sebab dia tak nak sampai 3 hari...up to her, kak mim hanya nak bantu, kalau ampunya badan tak nak, apa kita boleh buat kan?....
Kenapalah yang duk kalut-kalut suruh berurut lepas bersalin ni ha? Kalau tak urut apa masalahnya?
Baiklah, kak mim ulas serba sedikit disini.
Urutan selepas bersalin dapat mempercepatkan proses pemulihan otot dan urat saraf. Bayangkan sepanjang ibu-ibu mengandung dan proses melahirkan anak memang keadaanya amat tidak selesa dan sangat menyakitkan, lebih-lebih lagi bila proses meneran yang memerlukan sepenuh tenaga untuk tempoh yang tidak menentu, sudah tentu banyak urat saraf yang mengalami kerosakan, dan selepas proses kelahiran sememangnya badan akan merasa sakit dan lenguh sana sini.
Oleh kerana itu urutan selepas bersalin itu amat penting untuk memperbetulkan balik kedudukan urat saraf kita bagi melancarkan pengaliran darah untuk mempercepatkan proses kesembuhan.
Mengurut juga membantu membuang angin dari badan. Lenguh-lenguh yang di rasai oleh ibu dari sebelum bersalin lagi adalah disebabkan angin yang terkumpul dalam badan, begitu juga dengan urat-urat yang mengeras dan berketul-ketul adalah disebabkan oleh angin. Angin dalam badan ini akan menyebabkan proses pemulihan tubuh menjadi lambat jika tidak dibuang. Itulah antara punca sakit-sakit badan berterusan walaupun selepas melahirkan dan ianya melambatkan proses pemulihan tubuh. Bab pemakanan juga perlu dijaga supaya badan tidak berangin, tidur jangan ber econ dan mestilah berstokin sentiasa.
Berurut juga merehatkan minda dan emosi, Proses kehamilan dan melahirkan adalah satu proses yang lama dan memenatkan. Urutan bukan sekadar membantu proses pemulihan, dalam masa yg sama ianya juga memberi kelegaan dan ketenangan pada ibu dan ini juga turut menyumbang membantu proses pemulihan dengan cepat.
Keseluruhannya dengan urutan dapat melancarkan peredaran darah, mengeluarkan angin dalam badan, memperbetulkan kedudukan rahim ketempat asalnya (sengkak), mengeluarkan darah nifas dengan lancar.
Semasa urutan selepas bersalin dilakukan pastikan juga bahagian payudara diurut sama, urutan dibahagian payudara bukan hanya untuk mengeluarkan susu dengan banyak, tetapi urutan ini juga dapat merangsang sel-sel susu supaya lancar. Apa yang penting, sepanjang berpantang dan menyusukan bayi, ibu hendaklah menjaga pemakanan dan makan vitamin penggalak susu (milk booster).
Kepada ibu-ibu yang dah bersalin dan bakal bersalin, jangan abaikan urutan semasa dalam pantang juga selepas pantang, sebaiknya bagi ibu-ibu yang dah berhenti bersalin berurutlah sebulan sekali bagi memperbetulkan segala urat saraf dan memperbaiki mana yang patut dibaiki .
Semoga bermanfaat bagi semua .
Credit: k. Mim (Bidan gorgeous Dungun)
Selain dari urutan, wanita yang lepas bersalin digalakkan untuk mengamalkan supplemen/Jamu tradisional untuk mengembalikan tenaga dan memulihkan rahim yang telah cedera akibat bersalin. Pemakanan juga haruslah dijaga. Kena jaga pantang kerana penjagaan selepas bersalin sangaaaatlah penting.
Untuk mendapatkan set bersalin Jamu Bidan, boleh hubungi saya:
#jamubidanputrajaya #whatsapp_0137230907 #setpantangjamubidan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan Produk Jamu Bidan serta posting di sini boleh diajukan di sini atau whatsapp terus ke blogger @ 013.723.0907. Terima kasih.