Assalamualaikum..khusus buat rakan- rakan yang sedang berbadan dua.
Jom tambah nilai ilmu dan kesihatan sikit mlm ne. Mungkin ada yang sedang mengalami masalah ini tetapi seperti sedang menemui jalan buntu....well semoga perkongsian ini membantu
Jangkitan Fungus Semasa Hamil
Jangkitan fungus/yis semasa hamil adalah biasa tetapi ianya bukan boleh diambil ringan. Jangkitan fungus lazimnya disebabkan oleh satu organisma yang dipanggil Candida Albicans.
Faktor utama kekerapan jangkitan ini semasa hamil adalah disebabkan tingginya paras estrogen semasa kehamilan. Sebab-sebab lain fungus ini membiak adalah kencing manis, wanita yang mengambil pil hormon atau pil perancang serta streroid, pengambilan antibiotik serta lain-lain.
Symptoms biasa jangkitan fungus semasa hamil
>Rasa gatal yang teruk, kepanasan dan lapisan putih yang berupa keju.
>Bengkak, kemerahan di dalam atau dibibir faraj.
>Bau yang agak masam dan kurang menyenangkan.
>Sakit ketika melakukan hubungan kelamin.
>Sakit ketika kencing.
>Rasa kepanasan pada bahagian sulit dan menyebabkan rasa sukar tidur.
>Sesetengah wanita tidak mengalami apa-apa simptom langsung.
Apa yang perlu dilakukan?
Ingatlah bahawa membiarkan atau tidak mempedulikan tidak akan membuatkan jangkitan ini pergi. Jadi ambillah tindakan berikut :-
>Jangan merawat sendiri. Pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan pencegahan yang berkesan.
>Jangan mengesat tuala dari belakang dubur ke arah vagina dikhuatiri akan menyebarkan bakteria ke vagina.
>Elakkan juga memakan benda-benda yang manis yang boleh meningkatkan pembiakan yis.
>Makan yougurt untuk mengimbangi bakteria baik di dalam vagina.
>Kekalkan kering dan bersih pada kawasan vagina.
>Pakai pantiliner dan kerap menukarnya dan pantiliner tersebut mestilah yang tidak berbau wangi.
>Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada 100% kapas
>Elakkan memakai kain dari nilon
>Elakkan memakai seluar ketat.
>Elakkan memakai sabun dan wangian pada vagina.
>Jangan menggunakan apa-apa cucian berbentuk semburan ke vagina.
>Elakkan menggunakan tampon semasa hamil kerana ia meningkatkan risiko jangkitan vagina.
>Elakkan menggunakan kertas tandas yang wangi.
>Elakkan meletakkan bedak serbuk pada vagina kerana ia kebenyakannya adalah kanji dan ianya boleh menggalakkan pertumbuhan kulat.
>Elak mengambil antibiotik Dalam pemakanan,
>Banyakkan minum air untuk menyah toksin di dalam badan.
>Elakkan makanan manis serta tenusu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan Produk Jamu Bidan serta posting di sini boleh diajukan di sini atau whatsapp terus ke blogger @ 013.723.0907. Terima kasih.