Tips pemakanan dalam pantang
MAKANAN BERBISA
Ayam disifatkan makanan yang berprotein dan biasanya dijadikan rendang sebagai menu hari raya. Ianya sebenarnya boleh melambatkan penyembuhan luka bersalin kerana bersifat bisa dan boleh menyebabkan pendarahan bagi ibu yang sedang di dalam pantang.
Selain ayam, telur, ikan bawal, ikan terubuk, ikan pari dan ikan sembilang juga antara makanan yang berbisa dan tidak digalakkan ibu berpantang untuk mengambil makanan ini. Ia juga boleh menyebabkan bentan pada pintu rahim. Mengikut petua Melayu, ikan haruan dan ikan yu antara makanan yang dicadangkan bagi ibu yang sedang berpantang. Kerana dipercayai boleh memperbanyakkan susu ibu, menyembuhkan luka luaran dan dalaman.
MAKANAN BERSIFAT SEJUK
Antara buah dan sayuran yang bersifat sejuk ialah kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang. Makanan bersifat sejuk ini boleh memudaratkan kesihatan ibu yang sedang berpantang. Kerana boleh menyebabkan kembung, kejang otot dan sakit badan. Laksa, bunga kantan dan daun kesum juga tergolong dalam makanan bersifat sejuk yang perlu ibu berpantang elakkan. Ianya boleh memberi kesan tidak bagus pada kesihatan yang berkaitan dengan urat.
UBI-UBIAN
UBI-UBIAN seperti keledek, keladi dan ubi kayu boleh mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan ibu kembung perut.
Diakui bahawa tiada kajian perubatan yang mengatakan setiap ibu bersalin perlu berpantang. Tetapi, kepercayaan turun temurun nenek moyang dahulu telah terbukti amalan ini akan mengembalikan tenaga dan kesihatan yang baik untuk ibu selepas berpantang.
Kredit: azlindaalin.com
#jamubidanputrajaya #whatsapp_0137230907
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan Produk Jamu Bidan serta posting di sini boleh diajukan di sini atau whatsapp terus ke blogger @ 013.723.0907. Terima kasih.